Wednesday, February 26, 2014

Amazing Unique Yummy Sandwich Books

Posted by Scha at Wednesday, February 26, 2014 0 comments

This is a yummy idea by a polish graphic designer Pawel Piotrowski, who made the awesome unique sandwich books. Page after page you will enjoy all the layers of sandwich fillings, from Mayo to different types of salads. A recent graduate from the Faculty of Graphics and Media Art at the Academy of Fine Arts in Wroclaw, Pawel has recently created a tasty book that looks like a sandwich.














Monday, October 21, 2013

Tawaran Kerja Di Rumah

Posted by Scha at Monday, October 21, 2013 0 comments

Pekerja dari rumah untuk jawatan kosong sambilan dan sepenuh masa, menaip data entry, jana pendapatan 5k - 12k sebulan merupakan contoh tawaran iklan yang menawarkan perkerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah. Sebahagian daripadanya terbukti benar menawarkan pekerjaan seperti yang diiklankan, namun sebahagian lagi dikesan menipu orang ramai sehingga membabitkan kerugian mencecah ratusan ringgit. Kegiatan ini bukan perkara baru, namun ia terus berleluasa kerana sukar untuk menjejak penjenayah yang bijak berselindung di sebalik taktik licik. Ikuti kupasan lanjut dalam artikel ini.


Sunday, January 27, 2013

Puding Roti Kukus dan Sos Kastad

Posted by Scha at Sunday, January 27, 2013 0 comments
Scha bukan jenis org yg pandai masak. Masak biasa2 utk makan tu boleh la. Tapi tak la smpi pandai buat kek dan roti. So satu hari tu Scha tetiba nampak la satu recepi mudah dlm internet. Dgn rasa berkobar2 nak try buat la utk suami tercinta. So recepi ape yg mudah tu. Recepi puding roti kukus dgn sos kastard....

Jom kita try buat...

Ini la gambar puding roti kukus dan sos kastard yg 1st time Scha buat.....nyummeh!
(boleh tahan la kan bagi org yg tak pandai masak sgt ni...hubby kata not bad la)


Puding Roti Kismis (Kukus)
  1. 8 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
  2. 400-500ml susu segar (rendah lemak :D) nak guna susu cair pun boleh
  3. 3 sudu besar gula perang lembut (soft brown sugar)
  4. 2 biji telur - dipukul sebati
  5. Kismis/Sultanas
  6. Mentega/marjerin untuk menyapu roti
  7. 1 1/2 sudu kecil esen vanilla

Sos Kastad

  1. 400ml susu segar (low fat)
  2. 2 sudu besar kastad
  3. 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
penyediakan puding roti
  1. Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. Kacau sehingga gula hancur.
  2. Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
  4. Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti *Pastikan sapuan tersebut tidak terlalu banyak/ tebal*
  5. Kemudian potong empat roti tersebut.
  6. Sapu acuan dengan sedikit mentega.
  7. Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
  8. Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. Ulangi sehingga semua bahan habis.
  9. Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.
penyediakan sos kastad
  1. Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
  2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
  3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
  4. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak

*puding ini boleh dimakan secara panas atau sejuk... :D. Scha suke yg sejuk....nyummeh!


Selamat mencuba!
Jom LIKE page FB Scha at SchaNorman.Shoppaholic.Com.My.
 

SchaNorman.Shoppaholic.Com.My Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei